20121105

Bridesmaids ;D

 Assalamualaikum! ;D 
Hewhewhew *hati berbunga-bunga*

Sabtu haritu, 3 November 2012 adalah kenduri Khadija Binti Abdullah dan pasangannya Ahmad Shahir. Aku panggil Kak Dija je. Laki dia aku panggil Shahir. Well, diaorang ni dah nikah awal dulu dah. Bulan Mei dulu. Tapi lepas final exam baru buat kenduri. Kak Dija dah mengandung dah pun time kenduri haritu. 4 bulan nyahh! Memnag bunting pelamin betullah kiranya. 

Okay bukan itu yang buat hati aku berbunga-bunga ni. Heeeee.

Ceritanya begini, Shahir request Farid jadi pengapit dia dan dah alang-alang Farid pengapit lelaki Kak Dija pun call aku mintak tolong aku jadi pengapit perempuannya. Aku pun on jelah. Dan berita baik jugak Kak Dija sponsor baju pengapit. Best kan?!? Of Course! Cumanya tema wedding tu biru emas. Pengantin warna biru jadi Kak Dija nak pengapit warna gold.

GOLD! OMG! Susah kot nak cari kaler tu. Baju-baju yang aku jumpa semuanya macam vogue gila, sangatlah tak praktikal kalau nak pakai time kelas ke, kerja ke and etc. Jadi memang survey banyak tempat nak carik baju aku sahaja. 

Then bila dah jumpa yang cantik, sesuai dan sederhana saiznya pulak tak kena. Tapi aku beli jugak sebab nak cari lagi memang dah tak cukup masa. Beli saiz M dan alter jadi saiz S. Alhamdulillah baju tu okay sangat. Aku sangat berpuas hati! Terima kasih jugak dekat mak kawan aku sebab dia yang tolong alter. Alhamdulillah auntie nak terima jugak walaupun last-last minute.


Farid punya baju melayu pun sedondon dengan aku. Farid punya masalah pulak tak jumpa sampin yang sesuai. Akhirnya dia pakai arwah tuk dia punya sampin. Alhamdulillah match! It was a good experience. We had soo much fun! InshaAllah ada jodoh kami berdua nanti kamilah pulak yang diapit! ;DD

No comments: