20121203

Tarian Cuti-cuti 1Malaysia! ;)

Akhirnya, event pertama saya untuk praktikal! Wheee~~~

Posing dulu sementara tunggu bas ;D

Assalamualaikum semua! Aku seronok sangat nak update entri kali ini. Event yang pertama semasa praktikal di Kementerian Pelancongan Malaysia Perak. Tarian Cuti-cuti 1Malaysia!!! Event yang sangatlah seronok dan happening. Kerjanya menari aje sampai patah kaki! 

Selepas hampir seminggu praktis menari di ofis akhirnya dapat jugak tunjuk bakat terpendam menari dengan Datin Seri Rosmah Mansor! Wohoooo! Okay, bukanlah menari sebelah dia tapi still lah menari dengan dia jugak! :p Menteri Pelancongan pun ada jugak on that day

Dan untuk memeriahkan lagi majlis weolls panggil junior-junior tourism kami untuk join event tersebut! Lagilah menggila kami semua kat Putrajaya tu. Dengan tarian Gangnam-nye. Hamagaddd!!! I menari Gangnam Style okay. Tak sangka terer sebenarnya. Hahaha. *puji diri sendiri*

Ada 12 tarian tahu. Banyakkan. Alhamdulillah boleh dahlah menari sikit-sikit. Tarian Cina, India, Sabah, Sarawak, Siam, Zapin, Sewang (orang asli), Visit Malaysia , 1Malaysia, Cuti-cuti Malaysia, IM4U and of course Gangnam Malaysia Style! :)

 
T-shirt kami tersangatlah besar! Aku dah macam mengandung pakai t-shirt tu. Takpelah, rezeki dapat t-shirt free. Hohoho. Kauorang rasa saiz apa tu yang aku dengan kawan-kawan aku pakai tu? Saiz XL tahu! Besarkan! Yang teramatkan! Warna kuning pulak lagi. Takpelah still cantikkan weolls. Hehehe. 

Entri kali in adalah entri puji diri sendiri kalau nak tahu. Hahaha memalukan je.


Sampai sini dulu coretan perasan aku kali ini. Nanti ada cerita, berita aku tulis-tulis lagi. Bye, take care. Assalamualaikum.

No comments: