20111203
#1
Dorm aku ada 24 orang dan hanya ada dua bilik air untuk digunakan. Dan pernah satu masa tu hanya 1 sahaja bilik air yang boleh guna. Memang best. Bayangkanlah macam mana panjang kami perlu beratur untuk mandi, berak dan kencing. Tapi beratur maksud aku disini bukanlah beratur macam dalam filem P.Ramlee tu. Kami cuma tinggalkan baldi di depan pintu bilik air sebagai wakil diri sendiri. Dan aku pernah bangun pukul 4 untuk letak baldi aku, aku dengan yakinnya turun dari katil dengan harapan aku baldi yang pertama. Berlari aku ke bilik air nak susun baldi, tengok-tengok dah ada tiga baldi depan aku. Hancur harapanku! Tunggulah dengan mengantuk-ngantuknya nak mandi. Dah mandi tidur balik. Pukul 6 bangun balik untuk Subuh dan terus bersiap-siap untuk ke kelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment