Betul, sebagai seorang remaja aku setuju. Tapi secara rasionalnya aku tidak. Bayangkan dunia tanpa peraturan. Ya Allah, hancurlah kita. Hancur agama, bangsa dan negara.Tak terdidiklah kita. Tak berdisiplinlah kita. Tak selamat kita. Kita perlu tahu peraturan sememangnya menyusahkan tapi itu yang menyelamatkan. Begitu juga dengan peraturan Allah. Ianya menyusahkan tapi itu yang menyelamatkan kita
Bagaimana kalau kita tidak ikut peraturan lalu lintas. Semua tahu kemalangan akan berlaku jadi kita memilih untuk mengikut lampu isyarat. Sedangkan berapa kerat sahaja yang benar-benar rela memandu dengan mematuhi lampu isyarat. Tapi disebabkan bermacam-macam kemalangan yang telah kita saksi, baca, dengar kita sudah cukup takut.
Tapi balasan Tuhan diakhirat? Tak takutkah? Bukan tak takut cuma tak nampak. Dan sebab itu keberanian untuk mengulanginya lagi semakin menebal dalam diri. Tapi bila mengenangkan dosa yang ditanggung insaf ada. Cuma seketika. Begitu jugalah aku.
InshaAllah Allah panjangkan umur untuk kita semua kembali pada Dia.
No comments:
Post a Comment