20111216

#2

Dalam dorm majoriti katilnya adalah katil 2 tingkat. Atau ramai orang lebih suka panggil katil double decker. Aku suka katil belah atas. Sejuk. Dekat dengan kipas. Sejak hari pertama aku datang itu katil aku sampai sekarang. Sangat berpuas hati dengan katil yang ada ni cuma tilamnya saja nipis. Kalau seempuk tilam Vono tu lagi best. Aku jenis tak tidur siang, so selagi tak malam atau selagi tak mengantuk aku takkan naik atas katil. Dorm mate aku semua sudah sedia maklum kalau aku naik atas katil. Maknanya sudah tiba masa untuk aku melelapkan mata. Dan setakat ini macam tulah aku dari sem 1 sampai sem 4 ni.

No comments: